Saturday, June 2, 2012

Personal Post: StReSs!

Bismillah. Assalamualikum.

Jam pukul 1:51 pagi. Wah. Tak tidur lagi, konon study. Sebenarnya, aku sangat stress sekarang (baca tajuk pun dah tahu). Penyumbang terbesar ialah peperiksaan akhir pada 12, 14 dan 16 Jun. 7 sem alhamdulillah, tinggal satu je lagi. Serius sangat takut. Lepas tu, ada satu subjek ni, macam tak tahu nak study apa. Lepas tu lecturer cakap soalan dia kalau tak study memang tak dapat jawab. Ni antara masalah aku, kalau subjek tak ada buku rujukan. Aku rasa lost. Rasa macam tak tahu nak baca apa. Tengok nota slaid, macam sikit sangat je. Nota sikit buat aku sangat takut. Padahal bila nota banyak, merungut banyak kena baca. Woha!

Baru ni tak dapat tidur. Terngiang-ngiang aura exam dalam kepala. Sampai jadi pening. Sebab terlalu takut. Aku tak nak takut sebab takut tak bawa aku kemana-mana pun. Tapi apakah aku dapat menolak perasaan itu hadir? Acehh. But I'm serious.

I really don't want to screw up this semester. Dan nak exam ni aku rasa macam aku tak tahu apa-apa. Aku tak bagi tahu mommy sebab confirm kena marah. Yelah kan. Hari-hari gi kelas, lepas tu akhir sem jawab macam tak tahu apa-apa. Habis yang kau pergi kelas hari-hari buat apa? Haha. Aku pun tak tahu. Tapi kawan aku kata, aku memang setiap sem cam gini. Takpelah, sekurang2nya aku sedar aku ni tak pandai, jadi itu memberi semangat untuk study supaya aku rasa ada usaha untuk menjadi pandai.

One more thing, I am having side-effects of a drug that I consumed last month. I will make a post on it later (which Im not sure when). This is one of the reason I hate medication and drugs. Kalau terpaksa, jangan ambil! It give you side effect and I obviously am freaking out. Tapi, aku masih sihat dan bukan sakit. Jadi, insyaAllah tak ada apa-apa. 

Allah, Allah. Allah baik kan. Bagi saya pandai. Saya takut gila nak exam ni. Please help me in achieving my goal. Ya Rahman, Ya Rahim *muka comel dan bodek*

Golongan ini? Nauzubillah.

Btw, kepada pakcik makcik, jangan kutuk aku. Aku tahu periksa je pun dan pakcik makcik rasa periksa ni stressnya apa lah sangat berbanding masalah rumah tangga makcik pakcik. Memang periksa je. Tapi yang stress ialah takut tak dapat buat mak ayah gembira. Tugas anak ialah: BUAT MAK AYAH GEMBIRA!



p/s: hidup kita singkat. Cubalah buat orang yang tersayang dan disekeliling kita gembira dengan kehadiran kita. 



Thursday, May 31, 2012

Soal Mahar: Siapa Tetapkan?

Bismillah dan Assalamualaikum. 

Kini kenduri kahwin semakin banyak kerana cuti persekolahan. Bila bercakap tentang perkahwinan, timbul  isu mahar atau mas kahwin. Baru ni ada rakan FB bertanya, kalau RM 10 ribu untuk perempuan berkelulusan ijazah ok tak? Hurm. 

Bagi saya tahap pendidikan bukan kayu ukur mahar. Tapi akhlak dan peribadi wanita tersebut adalah kayu ukur yang sebenar. Buat apa belajar tinggi sampai langit tapi suka mengutuk suami kan. Ilmu memang penting, tapi kalau ilmu itu tak dipraktik, sia-sia lah jawabnya *peringatan diri sendiri*.

Tak perlu lah nak gaduh-gaduh soal mahar ni. Benda kecil je pun. Kalau mahar pun nak bertekak dah, apatah lagi masa kahwin nanti. Banyak lagi kot isu yang perlu di runding dan dibincang. Pendek kata, berbincang sesama keluarga dan masing2 perlu memberikan toleransi antara satu sama lain. 

Lelaki suka complain perempuan letak mahar mahal. Perempuan pula ada hujah mereka sendiri. Senang cerita, si perempuan bagi peluang untuk menyuarakan berapa pihak lelaki nak bagi. Dan pihak lelaki pula,  reasonable lah sikit bila orang dah bagi kelonggaran tu. Memang sebaik-baik wanita itu, adalah yang maharnya rendah. Tapi, mahar itu adalah pemberian kepada lelaki kepada wanita. Jadi kalau kita betul2 sayang pada seseorang itu, kita tak kisah pun nak bagi lebih sedikit. Sebagai penghargaan. Untuk isteri kita juga kan.

Ya, bukan senang ibu bapa mendidik seorang kanak-kanak perempuan menjadi wanita muslimah. Segala benda perlu dipantau dan dijaga. Era kini, bukan senang untuk wanita menjaga maruahnya. Nak ke bandar, perlu pastikan ada yang menemani. Jika bekerja atau belajar dalam suasana yang mempunyai unsur-unsur pergaulan bebas, si wanita itu perlu tegas menyatakan pendiriannya. Tidak boleh disentuh, tidak boleh sewenang-sewenangnya bertepuk tampar antara adam dan hawa. Menjaga aurat sebaiknya untuk tatapan bakal suaminya sahaja...

Di Terengganu, hanya ada satu nilai iaitu mahar. Wang hantaran tak ada. Di sesetengah negeri lain, ada mahar dan wang hantaran. Mahar milik perempuan sepenuhnya dan bagi wang hantaran pula, keluarga perempuan mempunyai hak ke atas wang itu (biasa diaorang guna untuk tampung kos kenduri).

Di sebabkan Terengganu hanya mengamalkan sistem mahar sahaja, tiada wang hantaran, maka pihak pengantin perlu tetapkan nilai itu. Bagi negeri2 yang ada dua nilai (mahar+hantaran), mahar ditetapkan oleh kerajaan negeri, tetapi penetapan wang hantaran adalah bergantung kepada individu itu.

Konklusi, pihak perempuan berilah kelonggaran kepada pihak lelaki dalam menetapkan mahar. Dan pihak lelaki pula, berilah mahar yang setimpal dengan nilai wanita itu. Wanita itulah yang akan menjadi teman hidupmu dan ibu kepada anak-anakmu kelak. 


Dinasihatkan round up mahar. Kesian kot tok imam tua-tua tergagap2 nak sebut RM8989.89. 

Sunday, May 20, 2012

Di Sebalik Nikah Mut'ah

Nikah Mut'ah. Pernah dengar tak? I got the info from Nona. Nikah Mut'ah ni lebih kurang macam ni:

Lelaki: Aku mut'ah dengan kau sepanjang pengajian di sini, dengan mahar RM80 tunai.
Perempuan: Aku terima mut'ah tersebut.

Mut'ah ni berlaku antara lelaki dan perempuan tu sahaja. Tak ada wali. Bila dah bermut'ah, diaorang pun boleh buat apa sahaja seperti pasangan suami-isteri yang lain. Benda ni tak sah di Malaysia sebab tiada hitam-putih status pernikahan ni sebab berlaku tanpa saksi. Dan seorang pakar dalam bidang ni (lupa nama ustaz tadi) berpendapat yang nikah Mut'ah ni haram dalam Islam sebab benda ni nampak sangat untuk suka-suka sedangkan perkahwinan adalah tanggungjawab. Nikah Mut'ah ni amat popular di negara Arab sebab benda ni sebahagian dari amalan syiah.

Rasa sangat setuju benda ni haram dan bentuk penganiayaan. Yelah, lelaki boleh buat apa-apa je kat perempuan kerana ada tiket 'nikah'. Lepas tu bila diaorang dah habis belajar, lelaki tu boleh sardin je balik Malaysia dan tinggal 'isteri' dan cakap nikah tu kan valid masa belajar je. Ha, aku dah nak start emo tak pasal-pasal. Haha.

Jadi sebelum aku lebih emo sebab aku memang sangat tak suka perempuan dilayan sesuka hati oleh lelaki, jadi baik stop dulu lah. Nasihat saya, undang-undang nikah di Malaysia tu ikut jelah sebab kebaikannya pada kita juga. Kalau kita nikah dan tak daftar pula di Malaysia, nanti kalau tiba-tiba suami tu buat angin kuskus dia ceraikan isteri, tak ke merana sebab tak dapat hak-hak. Nasib isteri satu hal. Nasib anak juga perlu fikir. Jangan kerana kesilapan kita, anak yang lahir tu dikategorikan anak tak sah taraf, anak syubhah ke apa ke, anak yang tak diberi nafkah oleh bapa ke. Benda ni akan bagi kesan pada anak. Yelah kan, aku yang kena buli masa darjah 1 oleh lelaki yang ludah air liur kat beg aku pun, sampai sekarang aku ingat. Nasib abik dah lupa nama budak tu, kalau tak satu FB aku cari. Haha!






Kenali Darah Anda

(click to enlarge)

Saya mahu buat entry yang ringan sahaja memdangkan jadual padat. I came across this thingy and thought.. 

Sabar: Saya memang sekarang tengah memupuk sabar dalam diri. Alhamdulillah sabar tinggi sedikit berbandingkan dulu. Cuma sangat perlu ditingkatkan lagi. Yelah, sabar ni antara akhlak yang terpuji dan banyak benda yang kita boleh elak kalau sabar. Contoh, fikir sendiri!

Kuat cemburu: Agaklah. Kalau tengok orang lebih mesti rasa jeles. Tengok orang pandai jeles. Tengok orang berjaya jeles. Tengok orang banyak ilmu jeles. Tapi jeles jenis ni, bukan aku sabotaj dia biar dia dapat C+ ke apa. Jeles yang memotivasikan diri supaya lebih berusaha kuat. Oh ye! When one of my BFF got married, I was also jealous. Jealous sebab dapat cintakan seseorang.

Setia: InsyaAllah. Cuma nak dapat tahap setia tu, agak payah. Bukan senang-senang saya setia pada sesuatu atau seseorang. It's like this loyal thingy is hard to get/achieve, but once achieved to the loyal level, i'll be really loyal to the thing or person.

Ego: Yes. And I'm trying to put the ego in the right place, where it should be. And of course, this one need to be improved also.

Ingin jadi ketua dalam kumpulan: Kalau kumpulan kecil, ya! I remembered my teacher once wrote in my report, I work best in small groups. Agreed, i usually take the lead. But for big things, i prefer to follow. Sebab pening kot nak urus semua. Tapi, bila orang bagi tanggungjawab, aku biasanya komited. Kadang-kadang terlalu komited sebab aku nak benda tu perfect.Contoh masa jadi sidang redaksi. aku sanggup bawa laptop (masa tu cikgu pun jarang ada laptop) semata-mata nak pastikan kita orang boleh buat majalah sebab komputer yang disediakan skrin warna kuning, kadang2 pink. Sampai ada kena 'sound' dan jd isu sebab bawak beg laptop (dulu laptop besar dan sgt berat) kehulur-kehilir dan isu tu buat aku nangis. Tapi, aku tetap nak pastikan tanggunjawab sekolah bagi tu berjaya dilaksanakan. Tiba-tiba rasa sedih ingat cabaran masa ni Thank you Aina, Izan, Gee, Amila, Athirah, Syak, Faizuan, Rostam dan Amin.

Yakin: Bergantung pada situasi. Tapi masa sekolah menengah, tahap keyakinan aku sangat tinggi.

Kuat berusaha: Bila aku dah set sesuatu target, aku biasanya akan really work for it. Lepas dah capai, nikmati saat-saat relaks.... Cuma aku perlu baiki ialah, kerapkan set target. Sebab target aku dalam sebulan tu skit je. Jadi aku perlu tambah target2 tu rasanya untuk menjadi individu yang lebih baik.

Serius: Kalau mood main, buat lawak dan mengarut je lah memanjang.

Tekanan: Ye! Aku jenis suka strive first, relax later. Jadi kasi tekanan skit. Ni berlaku pada semester2 lepas. Tapi smeester ni, aku agak relaks skit. Siapa yang jadi group members aku dari dulu hingga sekarang, mungkin diaorang rasa berbeza. Aku tak bagi due-date awal2 pun untuk diaorang siapkan group assignment. 

Amacam, betul tak personaliti anda? Yang mana personaliti yang betul, yang mana salah? By the way, aku sebenarnya darah O+. Penderma universal. Tapi sampai sekarang belum derma darah. *gulp*





Sunday, May 6, 2012

A Sweet Story to Share

Have you ever give something to a stranger? I know I say that I love giving, but this experience that i will share makes me felt that I have still a lot to improve. 

Di Masjidilharam, ada seorang perempuan dari Turkey datang duduk disebelah. Lepas tu dia letak beg dia kat depan dia. Ada makcik tua Melayu ni tengok beg orang Turkey ni dan cuit kawan dia. Makcik Melayu ni berada di saff depan saya. Tengok gaya makcik ni, lebih kurang dialog dengan kawan dia begini: "eh ce tengok beg orang tu. Comel ah". Kawan makcik ni layan jelah. Lepas tu orang Turkey ni perasan makcik tua ni duk tunjuk-tunjuk beg dia dan cakap-cakap dengan kawan.

Orang Turkey ni pun buka beg dia, lepas tu ambil barang-barang dalam beg tu letak dalam plastik. Lepas tu dia cuit makcik Melayu tua tadi dan bagi beg kat makcik tu. Makcik ni pun apa lagi. Touching habis lah. Ye lah aku yang tengok ni pun rasa macam, "oh, so sweet...". Apatah lagi orang tua kan, diaorang macam lebih sensitif. 

Kemudian dia berborak dengan aku sambil pecet-pecet pipi aku. Aish.. This is not the first time. I know I'm cute. Lol. Actually I forgot her name, but I remember her daughter's name- Fatma (who is in Turkey). She told me Fatma is the same age as me. Then she looked into her plastic and got out a pair of bracelet. 

Suprisingly, she gave one to me. And she said the other one- for her Fatma. I wore the bracelet though it was a bit big but a symbol of appreciation. Lepas tu ada terjumpa gelang tu di kedai RM3. Kiranya tak mahal pun gelang tu. Tapi harga tak penting. Yang penting keikhlasan nak bagi. Dan aku yang agak kebal ni pun agak tersentuh bila dia cakap satu lagi tu untuk Fatma. Benda yang kita nak bagi kat anak mesti yang kita rasa cantik dan suka kan. And that gives an additional sentimental value to the bracelet.


This rings a bell in me. Aku memang tak berkira mana dengan orang yang aku kenal. But do I have the guts in giving something that I owned, to a stranger? Tak termasuk zakat/sedekah. Yang kenal kerana satu agama, satu kepercayaan. Tu tak termasuk orang lelaki yang pergi masjid kemudian terserempak dengan sepasang suami isteri tengah tahan panas kaki sebab selipar hilang. Lelaki yang tengok ni terus cabut selipar dia dan bagi pada perempuan tu. If you managed to do that, alhamdulillah. If not, then it's time to improve ourselves...

Semasa aku bercakap dengan dia, bila aku sebut Turkey dia asyik betulkan aku: Turkeye.. So, its Turkeye. Not Turkey... 

p/s: memang 5-6 post (mungkin lebih) akan bersangkutan dengan pengalaman aku di Saudi. Bukan nak menunjuk atau bermegah. But what's the point of me keeping all the experiences to myself, when I can benefit it by sharing with others..

Saturday, May 5, 2012

Lesson 1: We Place Ourselves

Tengok tajuk mesti rasa macam cerita Indon yang Jumaat pukul 3 petang tu kan. Dari tajuk dah tahu cerita apa. Contoh, Si Penggali Kubur yang Kaya Mendadak, Penyamun yang Mati Ditembak. Im proud Malay directors are creative with movie/ drama title. But I deliberately insert conclusion in title so that you get what I want to share. I blog to share. So, a person who is busy can just read the title and get it. Tapi kalau nak dengar cerita lebih kena baca lah. 

Baru ni sepanjang di Saudi memang banyak sangat tarbiyah dan pengajaran yang Allah sampaikan. Memang betul lah orang kata pergi ke tanah suci ni tak sama. Agreed! Tapi tak da la nak tolak pelawaan ke New Zealand ke Jepun ke kalau orang ajak *wink*

Bila tengok Masjidilharam, memang setiap masa, setiap detik ada orang tawaf. Cuma ramai atau kurang ramai. Ramai adalah bila langsung tak ada tempat nak solat di tepi kaabah. Kiranya tapak yang ada kaabah tu, adalah ruangan tawaf sahaja. Penuh! 

Setelah beberapa hari kita orang perasan waktu orang kurang sedikit tawaf ialah dalam pukul 7 pagi. Jadi masa tulah mencari ruang untuk tawaf sunat. Tawaf sunat sangat besar pahalanya. Seriously, masa terpaksa shopping terasa sangat "adohai daripada aku jejalan tengok kedai, baik jejalan kelilingi kaabah". Tapi terpaksa shopping untuk beli cenderamata untuk orang di Malaysia. Contohnya kurma (kurma cenderamata ke). Bagi tahu Momy buat apa beli kurma banyak2 kat sini. Nak kena beli satu hal. Berat nak bawa balik satu hal sebab tak boleh masuk kargo. Kalau masuk kargo, semua kurma tu dah jadi jem. Yelah. Botol air zam-zam pun boleh pecah sebab kena baling. 

Ha. Berbalik kepada tajuk. Pendek kata, saya memang elak tawaf ketika orang ramai. Sebab bila ramai, pusingan tu jd besar, jadi macam jauh lah skit. Tapi, bila fikir balik, kenapa aku nak golongkan diri dalam yang berada jauh dari kaabah ketika tawaf tu, kenapa aku tak golongkan diri aku yang berada dekat dengan kaabah tu. Kalau aku jadi orang yang dekat dengan kaabah tu, maka pusingan tawaf jadi kecil lah skit. Kan?

Satu lagi, semasa di Hijr Ismail. Semasa 2008 tak masuk pun sebab tengok orang di Hijr Ismail tu asyik ramai je. Sebenarnya, kalau nak tunggu kosong, memang mustahil sebab akan penuh setiap masa kecuali waktu tempat tu ditutup. Dan bila cuba masuk dengan Dady, alhamdulillah. Boleh je sebab kita yang pilih untuk letakkan diri dalam orang yang dapat masuk ke Hijr Ismail. Kalau kita rasa kita boleh, kita akan usaha untuk itu. Dan semestinya dengan doa, insyaAllah Allah permudahkan.



Memamg saya tak nafikan, dulu selalu cakap besnya orang tu, besnya orang ni. Tanpa kita sedar, kita yang meletakkan sama ada kita ni nak jadi macam orang yang kita lihat tu. Macam syurga dan neraka. Kita tahu ramai manusia yang masuk neraka, tapi kita yang cuba untuk golongkan dan pelihara diri kita supaya kita ditempatkan dalam syurga, insyaAllah dengan rahmat Allah.

Friday, May 4, 2012

First Time Thingy

My first time thingy rarely goes well. First time masuk sekolah. First time makan cheesecake. First time inteviewed by press. Yes I forgot a few points. Macam tak biasa kan kalau time habis exam, banyak je eh tak tulis tu eh lupa tulis ni. 

Sekarang masa orang interview pun sama. Bila dah habis, relax2 goyang kaki, ha! teringat point penting. Point paling PENTING. Buat bisnes sebab ia memberi saya peluang untuk kongsi produk Avail dengan orang lain, bantu kesihatan dan kewangan orang lain. Dan sebagai pelajar kita perlu bersedia untuk grad. Yelah kan. Peratus pengangguran memang tinggi. Tu tak termasuk yang ada degree tapi end-up jadi cashier sebab dah tak dapat kerja. So, doing business helps me prepare myself to graduate. Dan InsyaAllah akan masih berbisnes selepas grad nanti. Kerja makan gaji tak bes sebab tak dapat kawal income disamping sunnah rasullah. 



Tadi masa COP (Career Opportunity presentation) ada yang berkongsi tentang umrah baru ni. Yes, insentive by Availbeauty Sdn. Bhd. Seems that pakej yang kita orang pergi tu sebenarnya cost more than 10k. Sebab sewa Safwa Royal Orchid Hotel sangatlah mahal. Memang logik lah sebab hotel paling dekat. 50m jalan, terus pijak lantai Masjidilharam. Alhamdulillah syukur sangat-sangat dapat peluang ke tanah suci dan diberi kemudahan sebegitu rupa. Bukan soal hotel bintang 5 ke 7 ke. Tapi soal dekat untuk ke masjid. It's about convenience. Kalau orang cakap orang banyak duit je boleh ke tanah suci, memang salah la. Sebab ada banyak duit pun belum tentu jadi tetamu Allah. Mungkin sibuk dengan rutin kerja lah apa lah. Dan insyaAllah jika niat ada, Allah akan murahkan rezeki untuk ke sana. Dulu masa 2008, tak sempat nak pegang kain kaabah. After that, I promise myself that I will do in my next visit. Tak sangka 2012, Allah panggil jadi tetamu dia lagi. And I did touch and feel the kiswah (kain tutup kaabah). Felt awesome! 

Us- Terengganu Team

Makan beramai-ramai di Mina

Btw, Avail ada masuk majalah Harmoni. "Transformasi Entrepreneur kepada Ideapreneur". Grab your own copy!


Monday, April 30, 2012

Talking About Experience with A380

The first time I boarded A380 was from Saudi to UAE. Since it was my first time, I was embraced with excitement and impressed with the size of the plane. I felt like' "oh, my this is so gigantic!'. The wings was as long as my house (seriously). A380 is a long plane and has two storeys. First and business class is at the top like Boeing 747. Ekonomi mestilah kat bawah je.

It started with amazement, then there was an announcement of 10 minutes delay. 3 passengers could not board the plane due to security reasons, thus their luggage had to been unloaded. Yes, it is VERY IMPORTANT to unload the passengers' luggage and it is one of the policy. A series of Aircrash Investigation hits my head. In a flight to Japan, there was this passenger. He just checked in but didnt turn up to board the plane. And they didnt unload that particular passenger's luggage. And in the luggage, there was actually a bomb. Yes, it exploded the plane. Failed to board the plane due to security reasons? Hurm. Drug trafficking? Terrorists? All assumptions are influences from TV.

And then, 10 minutes to arrive in UAE, I heard a stewardess yelled, "Madam, can you hear me?!". Her voice was kinda loud and I sensed there was an aura of panic in her voice. Again, worst case scenario hit my mind. Well, no one passed away, no CPR, no extra oxygen through the tank given. But the stewardess contacted medical team to prepare themselves as soon as the plane arrive at the terminal. Looking at the rush and panic of the steward and stewardess, i take a guess, this might be their first time to encounter such case. And lucky, a doctor was there to help the woman gain consciousness. 

I used to see a series of Victorious (Nickelodeon) and saw Victoria chatting when she was on the plane. I was like, how can she get internet access. and yes, this Emirates A380 offers wireless connection although it is at 39000 feet, but no wifi during taxi, take off and landing. Konon nak guna wi-fi dengan Ipad tapi zzzzzzzz.....

The second time I rode on A380, I slept 3/4 of the destination which indicated I am no longer excited. In fact, I didn't even realise it was A380 until I was about to arrive in Kuala Lumpur. Maklumlah, dah biasa naik kapal terbang besar sekali, bila kali kedua jumpa kapal terbang besar, rasa macam biasa-biasa pula. Ecehcehceh. Since the size of the plane is gigantic, turbulence was minimised especially when you cross the Bay of Bengal (somewhere near in India). Less turbulance means good news for Mumy and Dady :-)

Gambar semua dalam camera lagi

Ramai orang cakap Emirates best. To me, it is not my favourite airline. Well, I rode on 3 middle-east airlines and seems that Emirates is the only one who didnt recite and view the doa of having a safe trip on the passengers' screen before take off. Yang penting adalah makanan halal. Tak payah pening fikir. Cuma Etihad vs Emirates, I choose Etihad though Abu Dhabi airport is not as big as Dubai's. 

And to this day, Kuala Lumpur International Airport is the BEST airport. Free wifi, clean toilets, plenty of shops and many more facilities are offered for the customers. Yes, I am a Malaysian but I'm not bias!


Thursday, April 5, 2012

How My Blog Crashed!

Perasan tak? Semua gambar habis hilang (kecuali gambar dr website). Bukan masalah lambat loading ke apa ye.  Ok, since someone asked me on this, I will explain here. Last two nights, i explored my dad's Galaxy Note. And then, to use Market app, I was required to log in via gmail account. So, I did. And then, I realised, when I open the phone gallery, all  pictures in my blog was in the phone. Seems that, the phone was trying to show me by being smart with synchronizing. So, I dont like my pictures in this blog to be seen in the gallery of Samsung Galaxy Note (since it's my dad's). Therefore, I deleted the pictures.

It was the next day, a friend asked me, "what happened to your blog?". I was like, " err what? why?". Then I soon understand that all pictures in my blog posts, header, links are all gone. How would I know? I was just deleting pictures in the gallery folder. Tak berkait dgn Blogspot! This pretend-to-be-clever-phone went too far in these synchronizing issue. Lagipun, mana la tahu benda synchronize ni semua kalau selama ni guna telefon yang sekadar call dan sms je. paling maju pun, ambil video!

I tried to track the deleted pictures, but couldn't. Anyone have any idea? I really hope that I can restore the pictures. There are all memories and my blog looks quite dreadful now. Macam blog tak siap! *kecewa frast habis*

Many those outhere are wishing for a Galaxy Note. Well, after this incident, I know for sure, I don't want such pretend-to-be-smart-kinda- phone! Nokia 3310 aja....




p/s: I hope I won't quite blogging...


Monday, March 26, 2012

A Bit About Future

"Seorang jutawan, akan berfikir 10 tahun ke hadapan"- Irfan Khairi. Umur dia belasan tahun, dia dah set untuk jadi jutawan masa dia 20-an. Dan umur 25 dia dah jadi jutawan. 

Do you see the point of setting target, and plan your work through it. Saya sendiri kadang-kadang tak pasti dengan apa saya nak. Dulu saya pernah berimpian untuk terus ke PhD dengan kelayakan kelas pertama ijazah. Tapi dapat feedback negatif dari ibu bapa (berdasarkan pengalaman mereka). *down*

Oleh itu, saya berhenti berfikir mengenai apa yang saya akan lakukan lepas grad Jun nanti. I know I'm living aimlessly which is so not good. So I had an informal discussion with Momy Dady.

Seems that I will further my study to Master level. And maybe involve myself in business. Yeah, 5-figure income is in my wishlist. Dulu pernah nak kerja luar negara tapi bila dapat peluang baru ni, lepaskan macam tu je. Well, I try to do things that makes my parents happy. InsyaAllah decisions made with reason of Allah and parents, will be good for me. I believe in that!

There are those who said, if I have a 5-figure income I will do this and that. I conclude that not many of us are good in handling money. We get 10k, 5-6k is the maximum to be spent. Cash money may have inflation. But not properties. They are assets. And of course, asset for both world, and hereafter. Only if one knows how to use it in the path of jihad.....


Having targets are important to shape our life. We may not reach all of it, but at least we are on track. 
Targets have to be in all aspects to be a COMPLETE MUSLIM *working on it*.


Yeah, I feel better I now have targets again... Alhamdulillah



Sunday, March 25, 2012

Amalan utk Kurus (Own Experience)


 It's me- Plumpy Nadhirah-in pink

Gemuk kan dalam gambar. Masa gemuk tu, berat bernombor 5_. Memang masa berjalan, peha bergesel. Serius sangat tak selesa dan tak berkeyakinan. Tak cantik tu saya tak kisah mana, tapi saya tak ada keyakinan. Sebenarnya masa matrikulasi tu, tak sedar saya gemuk, cuma pelik kenapa bila pakai baju kurung, kain ketat. Nasib baik baju bagi hint, kalau tak tak sedar-sedar! Memang baju kurung yang dimaksudkan tu adalah yang form 2 punya tapi masih elok jadi pakai je lah. Sampai ada beberapa baju kurung nak bagi kat roomate sebab tak muat. Baju kurung pun kena buat ukuran baru. Bahu 15 1/2 inch atau 16 inch! (kalah Mumy).

Namun, sekarang bahu 14 1/2 inch, berat badan pun 42-45 kg. Alhamdulillah maintain antara tu. Dan seluar jeans yg form 1 dulu pun boleh muat balik. Baju t-shirt darjah 4 pun masih boleh pakai. Owh, tinggi maintain 158 cm, sekian.

Jadi nak kongsi beberapa tips amalan yang dibuat, berdasarkan PENGALAMAN SENDIRI.

1) Pagi jarang sangat-sangat makan sebab malas. Saya biasa ambil produk nama I-food sebab bancuh ir terus minum je. Bagi kenyang dan banyak nutrein lain dan organik. Bila dah ambil I food, makan tengahari je lah. Makan tengahari wajib!


Sedikit info tentang I-food yang saya minum pagi tu. Green Fit tu boleh cuba untuk bantu proses penghadaman dan gantikn untuk makan malam sebab ia macam jus epal. Ada yang turun 10 kg dengan Green Fit, tapi makanan berat kena atur la. Jangan la melantak 5pinggan nasi beriani setiap hari kan. (click to enlarge)

2) Saya tak makan banyak tapi kalau lapar, saya makan je. Tapi biasanya makanan berat 2-3 kali sehari. Biasanya 2 kali sahaja. Ada juga 1 kali sehari sebab lebihkan makanan ringan lain (akan di terangkan pd no 9). 3 kali tu bila final exam je kot sebab lepas exam, confirm kebulur!

3) Pernah tak dengar tips Hot.FM yang makan dalam bekas kecil supaya nampak macam kita makan banyak sebab bekas tu penuh. Saya tak pasti tips tu berkesan ke tak tapi saya dah beberapa tahun suka makan dalam pinggan yang biasanya orang letak lauk tu. Sebab utama sebenarnya sebab senang tak tumpah sebab pinggan lauk tu kedalaman dia macam mangkuk. Jadi letak kuah banyak-banyak takpe. Tapi, letak nasi 2 senduk, memang sendat dah pinggan saya tu.

4) Air! Yang ni utama lah. Air kena banyak. 8-9 gelas sehari. Saya suka air suam. Sebab bila minum, badan berpeluh macam lari marathon. Alasan malas joging. Tapi badan memang rasa segar sebab berpeluh. Cuma yang bising nya Mumy lah sebab dia hairan sehari 3-4 baju saya tukar. Hehe. (saya basuh baju sendiri ye)

5) Air pula saya minum sebelum makan. 30 minit lepas tu baru saya makan. Tapi yang ni jarang saya buat sebab bila lapar terus makan. Lupa dah nak minum air dulu.

6) Yang ni memang PASTI buat! Siapa yang pernah makan di kedai sekali dengan saya, memang tahu saya tak minum air lepas makan. Kecuali kalau masakan pedassss sangat sampai tak tahan tu terpaksa minum lah. Saya rasa trick ni sangat berkesan sebab perut rasa selesa lepas makan. Bila selalu amal tak minum air lepas/ semasa makan, memang akan rasa buncit dan tegangnya perut bila minum air semasa makan. Pencernaan pun lebih mudah berlaku. Orang lain pernah tanya, tak tercekik ke? Entah, aku kunyah banyak kali kot. Btw, chewing food many times is good for digestive system and part of sunnah.

7) Jadi bila saya minum air? 1 jam selepas makan. Waktu-waktu lain saya suka minum air suam juga. Saya dulu ada masalah lupa minum air, lepas tu rasa tak larat sebab badan tak cukup air. Jadi, saya guna botol tupperware yang saiz lebih kurang 600-700 ml.=. 2-3 botol setiap hari. Memang syok minum air dalam botol macam ni sebab kita tahu banyak mana kita dah minum dan jimat tenaga tak perlu tuang banyak kali dalam gelas. Yang bes, kalau Mumy bising bila cawan banyak atas meja dapur, boleh lah saya buat muka comel dan kata, "i tak guna cawan. I guna bekas untuk minum air". Selamat dari kena marah kan. Satu lagi kelebihan minum guna botol sebab karbon dioksida yang kita lepaskan dari hidung tak masuk dalam air. 

8) Jus buah! Saya kurang minum air panas (milo kopi teh) dan gantikan dengan jus. Juga salah satu saya cara kurangkan makanan berat ialah dengan gantian jus. Pagi, saya ambil I food kan macam saya cakap tadi. Lepas tu tengahari wajib makan makanan berat. Petang atau malam saya suka buat jus. Ambil buah segar. I love watermelon or green apple. Kemudian blend. Tapi jangan hancur sangat macam kat kedai tu. Bila kita minum boleh la rasa skit-skit buah-buah yang tak terkisar skit-skit. Tuang kan jus tadi dalam mug (tanpa tapis), dan memang kenyang lah minum jus tu. Kiranya, alternatif untuk maggi ketam lah. And of course, no ice! Green Fit kat atas tadi boleh ganti jus epal juga.

9) Makan benda-benda ringan untuk gantikan benda berat. Saya sangat suka buah. Buah mudah bagi kita kenyang sebab ada jus. Dan bila lapar, saya suka makan kismis. Sampai kismis doa yang sebotol patut tahan sebulan jadi tahan 4 hari je. Selain itu, saya makan I-kids. Produk bantu perkembangan minda (aktifkan neuro-transmitter) dan insyaAllah tingkatkan imunisasi badan dll.

10) Saya manusia biasa, saya bila jumpa lauk kegemaran, boleh makan 5 kali sehari. Tapi disebabkan gulai cili padi nangka jarang jumpa, saya jarang la buat macam tu. Tapi kalau jumpa lauk tu selalu, nilai kegemaran tu mungkin hilang. Saya jarang tinggalkan makanan asasi- nasi dalam menu seharian. Tapi sebulan tu, ada juga 3-4 hari tak makan nasi. Sebab malas makan nasi dan bosan hari-hari nasi. 


Sekarang? Rupa macam mana? Kurus atau gemuk? Saya pernah kata saya masih gemuk, kawan aku nak bagi penampor seraya berkata, "kalau mu kurus, aku ni ape? Obes?" So, aku anggap yg aku ni kurus skrg. Sekian.

Gambar latest. Paling kanan (in black and grey scarf) 
Baju tu nampak besar, tapi boleh muat baju saiz 38 sekarang. 


Sekadar pengkongsian.  

*(ni mmg pnglm sendiri, amalkan di bawah tanggungan risiko masing-masing)
*sebarang pertanyaan lanjut, boleh comment atau contact sy mllui email atau h/p num.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...